MAKLUMAT AM

Pengenalan

Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen (BRPK) adalah pusat utama yang mengendalikan pengurusan rekod pelajar melibatkan pengemaskinian dan penyelenggaraan rekod pelajar bagi urusan penganugerahan diploma dan ijazah serta seterusnya pengendalian istiadat konvokesyen.

BRPK beroperasi di Aras 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor.

Objektif

Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen (BRPK) adalah pusat utama yang mengendalikan pengurusan rekod pelajar melibatkan pengemaskinian dan penyelenggaraan rekod pelajar bagi urusan penganugerahan diploma dan ijazah serta seterusnya pengendalian istiadat konvokesyen.

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk mencapai kehendak dan keperluan pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan seperti berikut:

1.Permohonan transkrip rasmi pelajar/alumni disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan dan bayaran diterima.

2.Surat pengesahan pelajar/alumni dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima

3.Skrol dan transkrip rasmi diserahkan kepada graduan selepas selesai setiap sidang konvokesyen.

4.Permohonan skrol bagi pertukaran taraf pengajian daripada diploma ke ijazah sarjana muda dan diploma lanjutan ke ijazah sarjana muda dengan kepujian disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima tertakluk kepada maklumat lengkap yang diperolehi daripada sistem akademik dan fail peribadi pelajar di Jabatan Arkib Universiti. 

Carta Organisasi

MaklumatAm - Carta Organisasi BRPK 210123.

Waktu Operasi

Waktu Operasi Kaunter Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen

Isnin - Khamis

8.00 pagi - 1.00 tengah hari

2.00 petang - 5.00 petang

(Rehat: 1.01 tengah hari - 1.59 tengah hari)

 
Jumaat
8.00 pagi - 12.15 tengah hari

2.45 petang - 5.00 petang

(Rehat: 12.16 tengah hari - 2.44 petang)

CONTACT US

Student Records and Convocation Division (BRPK)
Registrar's Office
Level 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

-

Tel: +603-5544 3131