ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-104 (SESI MEI 2026) - 2026104
- 6 MEI 2026 HINGGA 24 JUN 2026

1. Surat Jemputan ke lstiadat Konvokesyen UiTM ke-104 boleh dimuat turun melalui akaun masing-masing di aplikasi MyAlumni

2. Graduan DIWAJIBKAN membaca soalan-soalan lazim FAQ Konvokesyen dan FAQ Alumni Hot Seat.

3. Graduan boleh menyemak sesi konvokesyen melalui pautan, UiTM Graduate Quick Search
    Jika semakan pelajar mendapati konvokesyen pada sesi:

   a. 2026104 - MEI 2026, Istiadat Konvokesyen ke-104 akan diadakan pada 6 Mei 2026 hingga 24 Jun 2026.

   b. 2026105 - NOVEMBER 2026, Istiadat Konvokesyen ke-105 dijangka akan diadakan pada November/Disember 2026.(Tertakluk kepada pindaan dan keadaan semasa).

4. Graduan sesi konvokesyen 2026104 DIWAJIBKAN mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan sebelum hari pengambilan jubah bermula di pautan, https://graduan.mohe.gov.my/SKPG26/. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah jika tidak mengisi soal selidik tersebut. Jika graduan menghadapi masalah untuk mengakses atau sebarang kesulitan untuk menjawab soal selidik ini, sila e-mel kepada ge@uitm.edu.my.

5. Jika graduan telah mengisi dan ingin mengemaskini status pekerjaan terkini (Pengemaskinian HANYA boleh dilakukan selepas 24 jam graduan mengisi SKPG1), graduan boleh mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan di pautan berikut, https://graduan.mohe.gov.my/update/LogMasuk.aspx
 
6. Semak yuran konvo, saman dan denda (sekiranya ada) (KLIK DI SINI), sila buat bayaran sebelum pengambilan jubah supaya pengambilan jubah anda berjalan lancar. Bayaran akan dikemaskini di lejer pelajar dan boleh disemak dalam tempoh 48 jam (hari bekerja) selepas transaksi dilakukan. Jika ada masalah mengenai pembayaran sila berurusan dengan Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar, kewanganpelajar@uitm.edu.my.

     a. Panduan bayaran tertunggak
     b. Panduan bayaran bil dalam talian
     c. Notis Pemulangan Jubah, Jadual Sewa Tambahan dan Denda Lewat Pulang Jubah - UiTM Shah Alam
     d. Telegram Chat Bendahari Konvo ke-104

7. Jadual Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 dan tarikh pengambilan jubah. (mengikut cawangan/fakulti)

     a. Jadual Sidang Konvo ke-104 UiTM Shah Alam (mengikut cawangan/fakulti/program) 
         (Penganugerahan ijazah dan diploma bagi semua graduan dari 11 UiTM         
          Cawangan di Semenanjung Malaysia akan diadakan di UiTM Shah Alam) 
      b. Jadual Sidang Konvo ke-104 UiTM Cawangan Sabah (mengikut fakulti/program) 
      c. Jadual Sidang Konvo ke-104 UiTM Cawangan Sarawak (mengikut fakulti/program) 

8. Senarai nama dan nombor giliran graduan mengikut lokasi Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104:

     a. Senarai nama dan nombor giliran graduan di UiTM Shah Alam 
        (Penganugerahan ijazah dan diploma bagi semua graduan dari 11 UiTM Cawangan di Semenanjung Malaysia          
          akan diadakan di UiTM Shah Alam)
     b. Senarai nama dan nombor giliran graduan di UiTM Cawangan Sabah 

     c. Senarai nama dan nombor giliran graduan di UiTM Cawangan Sarawak 

9. Graduan WAJIB mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM. KLIK DI SINI. Jika anda menghadapi masalah untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni atau tidak boleh mendaftar Alumni Hot Seat bagi ibu bapa yang juga alumni UiTM. sila kemukakan pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp, https://wa.me/+60355442780 (pada waktu pejabat) untuk maklumat lanjut.

10. Graduan hendaklah mengesahkan kehadiran di aplikasi myAlumni UiTM dan borang jubah hendaklah DICETAK untuk proses pengambilan jubah. Panduan Pengesahan Kehadiran Konvokesyen dan Cetak Borang Jubah. 

11.
Graduan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah graduan jika:
     a. Tidak mengisi/mengemaskini soal selidik Kajian Pengesanan Graduan. (Rujuk Perkara 4)
     b. Tidak menjelaskan yuran konvo/yuran tertunggak/denda. (Rujuk Perkara 6)
         Bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh LIMA HARI BEKERJA SEBELUM hari pengambilan jubah supaya proses pengambilan jubah
         berjalan lancar.
         Pembayaran boleh dibuat melalui ATM/Kaunter BANK ISLAM/Online payment (FPX) - tertakluk kepada caj bank yang berkaitan.                                                  (Panduan Pembayaran Bil Pelajar)
   

12. Tatacara pemakaian jubah graduan.

13. Taklimat Istiadat Konvokesyen UiTM.

14. Telegram Konvo UiTM ke-104

15. Permohonan penangguhan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104. 

16. Buku Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104

 
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi fakulti/program masing-masing untuk maklumat lanjut. (Direktori Staf)

CONTACT US

Student Records and Convocation Division (BRPK)
Registrar's Office
Level 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

-

Tel: +603-5544 3131