PENGENALAN
Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen (BRPK) adalah pusat utama yang mengendalikan pengurusan rekod pelajar melibatkan pengemaskinian dan penyelenggaraan rekod pelajar bagi urusan pengijazahan dan seterusnya pengendalian istiadat Konvokesyen.
BRPK diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar dengan jumlah staf seramai 21 orang yang terdiri daripada:
1. Seorang Timbalan Pendaftar (N48);
2. Seorang Penolong Pendaftar Kanan (N44);
3. Seorang Pegawai Eksekutif Tertinggi (N36);
4. Seorang Kerani Tertinggi (N26);
5. Tujuh orang Kerani Kanan (N22); dan
6. Sembilan orang Kerani (N19); dan
7. Seorang Pembantu Operasi (N11)
BRPK beroperasi di Aras 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor.
OBJEKTIF
Objektif BRPK adalah seperti berikut:
1. Mengemaskini rekod pelajar.
2. Mengurus dan mengendalikan Istiadat Konvokesyen UiTM untuk penganugerahan:
- Ijazah doktor falsafah
- Ijazah sarjana
- Diploma lepasan ijazah
- Profesional
- Ijazah sarjana muda, dan
- Diploma