(TERKINI - 08/01/2021) PENANGGUHAN PENGANUGERAHAN DIPLOMA/IJAZAH SECARA JANJI TEMU BAGI SESI KONVO KE-92 DI UiTM SHAH ALAM PADA 12 HINGGA 31 JANUARI 2021

Susulan Pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan, UiTM amat prihatin dengan kesejahteraan dan keselamatan semua graduan yang terlibat. Justeru, dimaklumkan bahawa sesi Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu yang dijadualkan pada 12 hingga 31 Januari 2021 di UiTM Shah Alam DITANGGUHKAN ke bulan Mac 2021. Keputusan ini juga mengambil kira tempoh PKPB yang dilanjutkan hingga 14 Januari 2021. Keprihatinan dan kerjasama semua graduan adalah sangat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Segala kesulitan amat dikesali. 
 
Tuan/Puan boleh membuat tuntutan skrol (sekiranya belum) dengan mengisi borang ini, Borang Tuntutan Skrol [Bagi Graduan Sesi Konvo ke-92 (Mac 2020 sahaja)]

Sila e-mel borang tersebut dan salinan MyKad kepada staf bertanggungjawab (PIC) program yang diambil. (Rujuk Direktori Staf)

 
Harap maklum.

 

Kemaskini: 08/01/2021

You are here: Home JANJI TEMU KONVO KE-92 Jadual Janji Temu UiTM Shah Alam (12 -31 Jan 2021)