(TERKINI - 24/11/2021) JADUAL SENARAI GRADUAN BAGI PENGANUGERAHAN DIPLOMA/IJAZAH SECARA JANJI TEMU BAGI SESI KONVO KE-92 DI UiTM SHAH ALAM PADA 1 HINGGA 16 DISEMBER 2021

  

Graduan boleh menyemak tarikh, slot masa, nama dan nombor giliran --> Senarai Graduan bagi Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu bagi Sesi Konvo ke-92 di UiTM Shah Alam pada 1 hingga 16 Disember 2021

Bagi graduan yang tidak membuat janji temu, anda boleh membuat janji temu di Studio UiTM Photo Centre mulai Januari 2022. Sesi fotografi akan dibuat di Studio UiTM Photo Centre, UiTM Shah Alam pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh pihak UiTM Photo Centre. Graduan boleh menghubungi pegawai berikut selepas 15 Januari 2022 untuk maklumat lanjut: 

1. Encik Mohd Shahrizal Mat Hussin
Pengurus
UiTM Photo Centre
Tel: 03-55438431
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2. Encik Rosmayni Jamali
Jurufoto
UiTM Photo Centre
Tel: 03-55438431
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

SENARAI SEMAK GRADUAN YANG DISENARAIKAN UNTUK MENGHADIRI JANJI TEMU DI UiTM SHAH ALAM


1. Graduan hendaklah mengisi saringc19.uitm.edu.my mulai 28 November 2021 sehingga hari janji temu. Log masuk sebagai pelawat.

2. Sila baca Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu.

3. Sila baca Prosedur Operasi Standard (SOP) Penganugerahan Diploma/Ijazah Secara Janji Temu.

4. Graduan dan ahli keluarga yang akan hadir janji temu mestilah tidak bergejala seperti demam, batuk dan selsema.

5. Graduan dan ahli keluarga yang akan hadir janji temu mesti mengisi Borang Deklarasi Saringan Risiko COVID-19 UiTM secara dalam talian setiap hari selama tiga (3) hari berturut-turut sehingga tarikh janji temu. Hanya kategori D atau E (kategori risiko rendah) sahaja dibenarkan hadir.

6. Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan hadir.

7. Yuran konvokesyen dan yuran tertunggak/denda (sekiranya ada) telah dijelaskan. Graduan hendaklah membawa slip bank dan menunjukkan semasa pendaftaran nama di dewan sekiranya yuran/denda dibayar dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh janji temu.
 
8. Graduan yang telah membuat tuntutan skrol dan transkrip rasmi sama ada di Kaunter BRPK, Shah Alam atau melalui pos sebelum ini, hendaklah membawa skrol semasa hadir janji temu.
 
9. Graduan dan ahli keluarga sentiasa memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer semasa dalam kawasan kampus (kecuali semasa sesi bergambar).
 
10. Graduan dan ahli keluarga hendaklah mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan oleh UiTM.

Kemaskini: 24/11/2021

You are here: Home JANJI TEMU KONVO KE-92 Jadual Janji Temu UiTM Shah Alam (1 -16 Dis 2021)