MAAF, SENARAI NAMA GRADUAN YANG DIBENARKAN UNTUK HADIR SEDANG DIKEMASKINI. 

 

SENARAI SEMAK GRADUAN YANG DISENARAIKAN UNTUK MENGHADIRI JANJI TEMU 


1. Graduan hendaklah mengisi saringc19.uitm.edu.my setiap hari sehingga hari janji temu. Log masuk sebagai pelawat.

2. Sila baca Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu.

3. Sila baca Prosedur Operasi Standard (SOP) Penganugerahan Diploma/Ijazah Secara Janji Temu.

4. Graduan dan ahli keluarga yang akan hadir janji temu mesti berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam tempoh 14 hari yang lalu dan tanpa gejala seperti demam, batuk dan selsema.

5. Graduan dan ahli keluarga yang akan hadir janji temu mesti mengisi Borang Deklarasi Saringan Risiko COVID-19 UiTM secara dalam talian setiap hari selama tiga (3) hari berturut-turut sehingga tarikh janji temu. Hanya kategori D atau E (kategori risiko rendah) sahaja dibenarkan hadir.

6. Ahli keluarga yang berumur 60 tahun dan ke atas dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan hadir.

7. Yuran konvokesyen dan yuran tertunggak/denda (sekiranya ada) telah dijelaskan. Graduan hendaklah membawa slip bank dan menunjukkan semasa pendaftaran nama di dewan sekiranya yuran/denda dibayar dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh janji temu.
 
8. Graduan yang telah membuat tuntutan skrol dan transkrip rasmi sama ada di Kaunter BRPK, Shah Alam atau melalui pos sebelum ini, hendaklah membawa skrol semasa hadir janji temu.
 
9. Graduan dan ahli keluarga sentiasa memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer semasa dalam kawasan kampus (kecuali semasa sesi bergambar).
 
10. Graduan dan ahli keluarga hendaklah mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan oleh UiTM.

Kemaskini: 27/12/2020

You are here: Home JANJI TEMU KONVO KE-92 Jadual Janji Temu UiTM Cawangan Sarawak (17 -20 Feb 2021)