(TERKINI - 27/12/2020) JADUAL SENARAI GRADUAN BAGI PENGANUGERAHAN DIPLOMA/IJAZAH SECARA JANJI TEMU BAGI SESI KONVO KE-92 DI UiTM CAWANGAN PULAU PINANG PADA 1 HINGGA 3 JANUARI 2021
Graduan boleh menyemak tarikh, slot masa, nama dan nombor giliran --> Senarai Graduan bagi Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu bagi Sesi Konvo ke-92 di UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 1 hingga 3 Januari 2021
Bagi graduan yang tidak tersenarai di dalam jadual janji temu diminta menangguhkan kehadiran dan tidak dibenarkan hadir ke janji temu yang dijadualkan pada 1 hingga 3 Januari 2021 ini di UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun, anda boleh membuat janji temu selepas 11 Mac 2021. Sesi fotografi akan diadakan di UiTM Shah Alam pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kelak. Graduan diminta menyemak laman web konvokesyen.uitm.edu.my dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.
Graduan yang tersenarai dalam jadual janji temu di UiTM Cawangan Pulau Pinang (bagi graduan yang belum mengambil skrol dan transkrip rasmi), tetapi tidak dapat hadir, boleh mendapatkan skrol dan transkrip rasmi, dengan membuat permohonan tuntutan skrol melalui emel atau menghubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh, Encik Tuan Ahmad Syahmi bin Tuam Mohd Rosli, Penolong Pendaftar: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 04-3822892 untuk maklumat lanjut
SENARAI SEMAK GRADUAN YANG DISENARAIKAN UNTUK MENGHADIRI JANJI TEMU DI UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
1. Graduan hendaklah mengisi saringc19.uitm.edu.my setiap hari sehingga hari janji temu. Log masuk sebagai pelawat.
2. Sila baca Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu.
3. Sila baca Prosedur Operasi Standard (SOP) Penganugerahan Diploma/Ijazah Secara Janji Temu.
4. Graduan dan ahli keluarga yang akan hadir janji temu mesti berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam tempoh 14 hari yang lalu dan tanpa gejala seperti demam, batuk dan selsema.
5. Graduan dan ahli keluarga yang akan hadir janji temu mesti mengisi Borang Deklarasi Saringan Risiko COVID-19 UiTM secara dalam talian setiap hari selama tiga (3) hari berturut-turut sehingga tarikh janji temu. Hanya kategori D atau E (kategori risiko rendah) sahaja dibenarkan hadir.
6. Ahli keluarga yang berumur 60 tahun dan ke atas dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan hadir.
Kemaskini: 27/12/2020