(TERKINI - 30/12/2020) JADUAL SENARAI GRADUAN BAGI PENGANUGERAHAN DIPLOMA/IJAZAH SECARA JANJI TEMU BAGI SESI KONVO KE-92 DI UiTM CAWANGAN PERLIS PADA 9 JANUARI 2021

  

Graduan boleh menyemak tarikh, slot masa, nama dan nombor giliran --> Senarai Graduan bagi Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu bagi Sesi Konvo ke-92 di UiTM Cawangan Perlis pada 9 Januari 2021

Bagi graduan yang tidak tersenarai di dalam jadual janji temu diminta menangguhkan kehadiran dan tidak dibenarkan hadir ke janji temu yang dijadualkan pada 9 Januari 2021 ini di UiTM Cawangan Perlis.

Walau bagaimanapun, anda boleh membuat janji temu selepas 11 Mac 2021. Sesi janji temu akan diadakan di UiTM Shah Alam pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kelak. Graduan diminta menyemak laman web konvokesyen.uitm.edu.my dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut. 

Graduan yang tersenarai dalam jadual janji temu di UiTM Cawangan Perlis (bagi graduan yang belum mengambil skrol dan transkrip rasmi), tetapi tidak dapat hadir, boleh mendapatkan skrol dan transkrip rasmi, dengan membuat permohonan tuntutan skrol melalui emel atau menghubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau, Puan Hanisah Hassan, Penolong Pendaftar Kanan  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. @uitm.edu.my/ 04-9882500 atau Puan Nurul Hafizah Mansor, Pegawai Eksekutif:   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 04-9882491 untuk maklumat lanjut

 

SENARAI SEMAK GRADUAN YANG DISENARAIKAN UNTUK MENGHADIRI JANJI TEMU DI UiTM CAWANGAN PERLIS


1. Graduan hendaklah mengisi saringc19.uitm.edu.my setiap hari sehingga hari janji temu. Log masuk sebagai pelawat.

2. Sila baca Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu.

3. Sila baca Prosedur Operasi Standard (SOP) Penganugerahan Diploma/Ijazah Secara Janji Temu.

4. Graduan dan ahli keluarga yang akan hadir janji temu mesti berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam tempoh 14 hari yang lalu dan tanpa gejala seperti demam, batuk dan selsema.

5. Graduan dan ahli keluarga yang akan hadir janji temu mesti mengisi Borang Deklarasi Saringan Risiko COVID-19 UiTM secara dalam talian setiap hari selama tiga (3) hari berturut-turut sehingga tarikh janji temu. Hanya kategori D atau E (kategori risiko rendah) sahaja dibenarkan hadir.

6. Ahli keluarga yang berumur 60 tahun dan ke atas dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan hadir.

7. Yuran konvokesyen dan yuran tertunggak/denda (sekiranya ada) telah dijelaskan. Graduan hendaklah membawa slip bank dan menunjukkan semasa pendaftaran nama di dewan sekiranya yuran/denda dibayar dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh janji temu.
 
8. Graduan yang telah membuat tuntutan skrol dan transkrip rasmi sama ada di Kaunter BRPK, Shah Alam atau melalui pos sebelum ini, hendaklah membawa skrol semasa hadir janji temu.
 
9. Graduan dan ahli keluarga sentiasa memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer semasa dalam kawasan kampus (kecuali semasa sesi bergambar).
 
10. Graduan dan ahli keluarga hendaklah mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan oleh UiTM.

Kemaskini: 30/12/2020