(TERKINI - 27/11/2020) SOALAN LAZIM (FAQ) PENGANUGERAHAN DIPLOMA/IJAZAH SECARA JANJI TEMU 

Kemaskini: 27/11/2020

(TERKINI - 27/11/2020) JADUAL SENARAI GRADUAN BAGI PENGANUGERAHAN DIPLOMA/IJAZAH SECARA JANJI TEMU BAGI SESI KONVO KE-92 DI UiTM CAWANGAN PAHANG PADA 1 HINGGA 3 DISEMBER 2020

  

Graduan boleh menyemak tarikh, slot masa, nama dan nombor giliran --> Senarai Graduan bagi Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu bagi Sesi Konvo ke-92 di UiTM Cawangan Pahang pada 1 hingga 3 Disember 2020

Susulan perkembangan terbaru kes positif Covid-19 di beberapa daerah di Negeri Pahang, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Pahang telah menasihatkan agar graduan yang berada di daerah berlakunya penularan kes positif COVID-19 supaya menangguhkan kehadiran mereka pada janji temu yang telah dijadualkan.

Nasihat dan penangguhan ini perlu dipatuhi sebagai langkah keselamatan serta pematuhan ketat MKN bertujuan untuk mengekang ancaman penularan Covid-19 yang membimbangkan.

Sehubungan itu, graduan yang berada di daerah berlakunya penularan kes positif COVID-19 diminta untuk menangguhkan kehadiran dan tidak dibenarkan hadir ke janji temu yang dijadualkan pada 1 hingga 3 Disember 2020 ini di UiTM Cawangan Pahang.

Walau bagaimanapun, anda boleh membuat janji temu selepas 11 Mac 2021. Sesi fotografi akan dibuat di Studio UiTM Photo Centre, UiTM Shah Alam pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh pihak UiTM Photo Centre. Graduan boleh menghubungi pegawai berikut selepas 11 Mac 2021 untuk maklumat lanjut: 

1. Encik Mohd Shahrizal Mat Hussin
Pengurus
UiTM Photo Centre
Tel: 03-55438431
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2. Encik Rosmayni Jamali
Jurufoto
UiTM Photo Centre
Tel: 03-55438431
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Untuk mendapatkan skrol dan transkrip rasmi, anda boleh membuat permohonan tuntutan skrol melalui emel kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Pahang: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

 

SENARAI SEMAK GRADUAN YANG AKAN MENGHADIRI JANJI TEMU


1. Graduan dan ahli keluarga yang akan hadir janji temu mesti berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam tempoh 14 hari yang lalu dan tanpa gejala seperti demam, batuk dan selsema.

2. Graduan dan ahli keluarga yang akan hadir janji temu mesti mengisi Borang Deklarasi Saringan Risiko COVID-19 UiTM secara dalam talian setiap hari selama tiga (3) hari berturut-turut sehingga tarikh janji temu. Hanya kategori D atau E (kategori risiko rendah) sahaja dibenarkan hadir.

3. Ahli keluarga yang berumur 60 tahun dan ke atas dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan hadir.

4. Yuran konvokesyen dan yuran tertunggak/denda (sekiranya ada) telah dijelaskan. Graduan hendaklah membawa slip bank dan menunjukkan semasa pendaftaran nama di dewan sekiranya yuran/denda dibayar dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh janji temu
 
5. Graduan mesti membawa skrol yang telah diambil di Kaunter BRPK, Shah Alam atau diterima melalui pos semasa hadir janji temu.
 
6. Graduan dan ahli keluarga sentiasa memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer semasa dalam kawasan kampus (kecuali semasa sesi bergambar).
 
7. Graduan dan ahli keluarga hendaklah mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan oleh UiTM.

Kemaskini: 27/11/2020

(TERKINI) JADUAL JANJI TEMU PENGANUGERAHAN DIPLOMA/IJAZAH BAGI SESI KONVO KE-92 (MAC 2020) 

Bagi pelajar yang tamat pada Peperiksaan Jun/Julai 2019 dan sepatutnya konvo pada Mac/April 2020)

Graduan boleh menyemak nama di dalam --> Senarai Graduan Konvo ke-92 (Mac 2020)

Kemaskini: 26/10/2020

GRADUAN SESI KONVO KE-92 (MAC 2020) YANG TIDAK MEMBUAT/MENGHADIRI JANJI TEMU

Graduan yang tidak membuat/menghadiri janji temu boleh membuat tuntutan skrol dan transkrip rasmi dengan mengisi borang berikut:

Borang Tuntutan Skrol [Bagi Graduan Sesi Konvo ke-92 (Mac 2020 sahaja)]

Sila e-mel borang tersebut dan salinan MyKad kepada staf bertanggungjawab (PIC) program yang diambil. (Rujuk Direktori Staf)

More Articles...

You are here: Home JANJI TEMU KONVO KE-92