ETIKA PAKAIAN GRADUAN & TETAMU
KENAAN SEWA DAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI GRADUAN YANG TIDAK MENEPATI SAHSIAH DIRI.
Mulai Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-80, UiTM telah menetapkan caj sewa bagi perkhidmatan pinjaman pakaian dan peralatan serta menggunting rambut bagi graduan sidang Istiadat Konvokesyen UiTM yang tidak menepati sahsiah yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Kadar sewa bagi setiap pinjaman pakaian dan peralatan secara flat rate sebanyak RM10.00 bagi setiap item. Para graduan yang terlibat mengisi borang pinjaman seperti amalan biasa
- Sekiranya graduan didapati merosakkan atau tidak membuat pemulangan pakaian peralatan yang dipinjam, maka kenaan denda atau caj perkhidmatan sebanyak RM20.00 (tidak termasuk kos item) bagi setiap item akan dikenakan.
- Bagi perkhidmatan menggunting rambut, bayaran RM10.00 dikenakan kepada graduan yang terlibat. Graduan yang terlibat perlu mengisi borang maklumat diri seperti mana amalan biasa.
- Graduan yang gagal membuat bayaran tersebut hendaklah dianggap sebagai hutang kepada university dan boleh menyebabkan penahanan skrol dan transkrip
Pakaian Graduan Lelaki:-
- Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
- Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa bengkung, atau
- Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
- Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .
- Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
- Songkok tidak diperlukan
- Seluar HITAM sahaja dibenarkan - (Jeans, kemeja-T dan pakaian seragam pasukan keselamatan/penguatkuasaan TIDAK DIBENARKAN)
Pakaian Graduan Perempuan:-
- Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
- Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
- Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
- Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
- Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.
- Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
- Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1 inci tinggi.
- Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun mengikut warna kulit.
- Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.
- Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN
Pakaian Tetamu Lelaki:-
- Kebangsaan, atau
- Batik, atau
- Lounge Suit, atau
- Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).
- Kasut bertutup (Selipar, Kasut Sukan dan Sandal TIDAK DIBENARKAN)
Pakaian Tetamu Wanita:-
- Kebangsaan atau
- Pakaian Rasmi atau pakaian sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan,dan kemeja-T, TIDAK DIBENARKAN).
- Tidak dibenarkan sama sekali memakai seluar atau fesyen baju berseluar.