YURAN KONVOKESYEN

1. Yuran konvokesyen dikenakan kepada semua graduan. Graduan hendaklah membayar kadar yuran mengikut peringkat pengajian masing-masing sama ada hadir atau tidak hadir ke konvokesyen. Bayaran yuran adalah untuk skrol, transkrip rasmi dan sumbangan tabung alumni. (Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan ke-182 bertarikh 7 Februari 2013)

2. Berikut ialah kadar yuran konvokesyen mengikut peringkat pengajian: 

#PERINGKAT PENGAJIANYURAN KONVOKESYEN
1 Ijazah Doktor Falsafah RM 230.00
2 Ijazah Sarjana RM 210.00
3 Diploma Lepasan Ijazah/ Ijazah Sarjana Muda / Profesional (Kod 5xx) RM 175.00
4 Diploma / Profesional (Kod 1xx) RM 150.00

* Kadar yuran di atas berkuat kuasa mulai Istiadat Konvokesyen ke-84 (April 2016)

3. Yuran konvokesyen akan dipaparkan sebulan sebelum tarikh konvokesyen. Yuran konvokesyen hendaklah dibayar selewat-lewatnya seminggu (7 hari) sebelum tarikh pengambilan jubah.

4. Pembayaran yuran konvokesyen boleh dibuat melalui cara-cara berikut. 

#KAEDAH BAYARAN
1 Melalui Automated Teller Machine (ATM) Bank Islam Malaysia Berhad
2 Melalui Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad

5. Cetak bil konvokesyen UiTM melalui
http://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/SPORTAL_LOGIN/index.cfm

6. Buat bayaran melalui kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau mesin ATM (Automated Teller Machine) BIMB.

7. Simpan resit bayaran dan bawa bersama sebagai bukti pembayaran semasa mengambil jubah.

8. Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan yuran konvokesyen, sila hubungi Unit Kewangan Zon 16, Pejabat Bendahari, UiTM Shah Alam telefon 03-5544 3441/3435/3445/8274/3369 atau e-mel  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

 

 

 

You are here: Home ISTIADAT KONVOKESYEN SEBELUM/BEFORE Yuran Konvokesyen