YURAN KONVOKESYEN

1. Yuran konvokesyen dikenakan kepada semua graduan. Graduan hendaklah membayar kadar yuran mengikut peringkat pengajian masing-masing sama ada hadir atau tidak hadir. Bayaran yuran adalah untuk skrol, transkrip rasmi dan sumbangan tabung alumni.          (Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan ke-182 bertarikh 7 Februari 2013)

2. Berikut ialah kadar yuran konvokesyen mengikut peringkat pengajian: 

#PERINGKAT PENGAJIANYURAN (RM)
1 Ijazah Doktor Falsafah (Kod 9xx) RM 230.00
2 Ijazah Sarjana (Kod 7xx) RM 210.00
3 Diploma Lepasan Ijazah (Kod 6xx/3xx)/ Ijazah Sarjana Muda (Kod 2xx) / Profesional (Kod 5xx) RM 175.00
4 Diploma / Profesional (Kod 1xx) RM 150.00

* Kadar yuran di atas berkuat kuasa mulai Istiadat Konvokesyen ke-84 (April 2016)

3. Pembayaran boleh dibuat melalui ATM / Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berdekatan / online payment (FPX) dan tertakluk kepada caj bank yang berkaitan.

4. Pembayaran boleh dibuat melalui :

    4.1 Kaunter Cawangan Bank Islam yang berdekatan.
    4.1.1 Sila pastikan nama dan nombor bil dicetak pada slip pembayaran bil.
    4.1 Automated Teller Machine (ATM) - klik untuk panduan
    4.2 Perbankan Internet Bank Islam - klik untuk panduan
    4.3 Kad Debit/Kredit (Online Payment) FPX - klik untuk panduan pembayaran bil dalam talian

    4.3.1 Bayaran melalui perbankan internet secara terus (Contoh : maybank2u/cimbclicks) adalah tidak dibenarkan
Pembayaran jenis ini akan dianggap pelajar tidak membayar.              

    4.4 Mesin Deposit Tunai (CDM)
    4.4.1 Bayaran jumlah yang tepat (Tidak boleh kurang daripada jumlah bil)
    4.4.2 Jumlah bayaran adalah dalam gandaan 10 sahaja.
    4.4.3 Pihak UiTM tidak akan bertanggungjawab sekiranya bayaran dibuat lebih daripada jumlah bil.

5. Semak bil UiTM melalui:

http://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/SPORTAL_LOGIN/index.cfm

6. Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan yuran konvokesyen, sila hubungi Unit Kewangan Zon 16, Pejabat Bendahari, UiTM Shah Alam telefon 03-5544 3441/3435/3445/8274/3369 atau e-mel  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

You are here: Home Yuran Konvokesyen