PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk mencapai kehendak dan keperluan pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan seperti piagam pelanggan berikut:

  1. Permohonan transkrip akademik alumni disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  2. Skrol dan transkrip akademik diserahkan kepada graduan selepas selesai setiap sidang konvokesyen.
  3. Permohonan skrol bagi pertukaran taraf pengajian daripada Diploma ke Ijazah Sarjana Muda, Diploma Lanjutan ke Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Lanjutan ke Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian) disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima . 
  4. Surat pengesahan pelajar/alumni dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  5. Surat kelulusan menarik diri (UiTM Shah Alam) dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. 
  6. Surat Keputusan Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) diumumkan kepada pelajar melalui Portal Pelajar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan .
You are here: Home Maklumat Am PRPK Piagam Pelanggan