PENGENALAN

Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen (BRPK) adalah pusat utama yang mengendalikan pengurusan rekod pelajar melibatkan pengemaskinian dan penyelenggaraan rekod pelajar bagi urusan pengijazahan dan seterusnya pengendalian istiadat Konvokesyen.

Bahagian ini diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar dengan diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar yang dibantu oleh seorang Penolong Pendaftar Kanan, seorang Pegawai Eksekutif Kanan serta lapan belas (18) staf Kumpulan Pelaksana yang beroperasi di Aras 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, SELANGOR.

OBJEKTIF

Objektif BRPK adalah seperti berikut :
1. Mengemaskini dan menyelenggara rekod pelajar.
2. Mengurus dan mengendalikan Istiadat Konvokesyen UiTM untuk penganugerahan :

  • Doktor Falsafah
  • Sarjana
  • Profesional
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian, dan
  • Diploma 
You are here: Home Latar Belakang PRPK