KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

Semua Institusi Pengajian Tinggi termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menjalankan Kajian Pengesanan Graduan secara dalam talian (on-linesejak tahun 2006 atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini bertujuan mengukur tahap 'employability' dan 'marketability' graduan selain mendapatkan pandangan/persepsi graduan tentang keberkesanan dan kualiti program akademik dan sistem penyampaian di Universiti.

Oleh itu, semua graduan dimestikan mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) bagi Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-86 (April 2017) secara dalam talian (on-line). Sistem akan dibuka pada 17 Mac 2017 dengan melayari laman sesawang  http://graduan.mohe.gov.my/v/. Graduan dikehendaki menyerahkan slip Kajian Pengesanan Graduan semasa mendaftar untuk mengambil jubah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:- 

#NAMA PEGAWAINO. TELEFON
1 Nama Pegawai: Encik Ahmad Nizam Bin Ismail
e-mel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
03 – 5544 2071
2 Nama Pegawai: Puan Shamsida Binti Mohd Jabor
e-mel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
03 – 5544 2078

Maklumat yang jujur, ikhlas dan tepat amat dialu-alukan dan dihargai dalam memperbaiki sistem pendidikan di Universiti.

PENTING:

Sila pastikan anda telah mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah. Sila bawa Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan semasa pendaftaran dan pinjaman jubah.

 

You are here: Home Kajian Pengesanan Graduan