BAGI MELANCARKAN PROSES KONVOKESYEN ANDA PADA

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-89 (OKTOBER 2018),

SILA LAKUKAN PERKARA A DAN B MULAI 20 SEPTEMBER 2018.

A.    PENGESAHAN KEHADIRAN 

Sila sahkan kehadiran graduan, cetak borang pinjaman jubah dan cetak bil yuran             konvokesyen dan buat bayaran di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau         ATM BIMB. (Klik di sini - Pautan akan dibuka pada 20 September 2018)  

Semak saman dan denda universiti anda sekiranya ada, sila buat bayaran dengan segera. 

Pembayaran boleh dibuat melalui ATM / Kaunter BANK ISLAM berdekatan / Online payment (FPX) dan tertakluk kepada Caj Bank yang berkaitan. (Panduan Pembayaran Bil Pelajar)

Bayaran akan dikemaskini di lejer pelajar dan boleh disemak dalam tempoh 48 jam selepas transaksi dibuat.

Penting:

Anda TIDAK DIBENARKAN untuk mendaftar pinjaman jubah graduan sekiranya anda tidak menjelaskan yuran konvo/yuran tertunggak/denda. Bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya lima hari sebelum hari pengambilan jubah supaya proses pengambilan jubah anda berjalan lancar.

   

B.   MENGISI KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 

Graduan dikehendaki menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (KPG) dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah. Sistem akan dibuka mulai 21 September 2018 dan akan ditutup pada 7 Disember 2018. (Klik di sini Pautan akan dibuka pada 21 September 2018) 

Berikut adalah langkah-langkah untuk akses ke SKPG I:
 
1. Layari laman rasmi SKPG I di graduan.mohe.gov.my (tanpa tambahan perkataan lain selepas .my)
 
2. Seterusnya, sila klik butang Log Masuk Graduan Tahun Konvokesyen 2018.
 
3. Di ruang log masuk, sila lengkapkan maklumat seperti contoh berikut; 
 
    No.KP/Passport:  
    Institusi: Universiti Awam
    Nama Institusi:  UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA                                                        (TERMASUK KOLEJ BERSEKUTU UiTM)

 
4. Klik Hantar/Submit
 
    Sekiranya graduan menghadapi masalah untuk akses atau sebarang kesulitan          untuk meneruskan soal selidik ini, pihak IPT boleh maklumkan kepada pihak              Tracer Study menerusi emel berserta maklumat berikut;
 
    i.  Nombor kad pengenalan/pasport                         
    ii.  Nombor pelajar                                                
    iii. Nama Penuh              
    iv. Browser yang digunakan (contoh: Mozilla Firefox, Internet Explorer, Google                Chrome atau sebagainya)               
    v. Keterangan masalah yang dihadapi (sebaik-baiknya disertakan bersama                    screenshot/printscreen paparan penuh masalah tersebut)

Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen juga perlu menjawab soal selidik tersebut dan perlu menyerahkan Slip Pengesahan Kajian semasa mengambil skrol dan transkrip rasmi.

Jika terdapat sebarang masalah berkaitan Kajian Pengesanan Graduan, sila emelkan       kepada:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  atau Pusat Perancangan dan Maklumat Strategik      (CSPI),UiTM: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

   

Sekian, terima kasih.

 

 

 


You are here: Home ISTIADAT KONVOKESYEN KE-89 SEBELUM Tentatif Konvokesyen ke-89