LALUAN MASUK UiTM

Laluan Masuk Kenderaan Graduan dan Tetamu Ke Dalam Kampus:

Laluan masuk ke dalam kampus UiTM Shah Alam bagi graduan dan ibubapa adalah melalui pintu masuk 2 (melalui seksyen 7, Shah Alam).

Manakala pintu masuk 1 (Seksyen 2, Shah Alam) hanya dikhaskan kepada tetamu VVIP,VIP dan staff UiTM sahaja.

Tempat Letak Kereta Graduan, Ibubapa/tetamu graduan:

Semua kenderaan graduan, ibubapa/tetamu graduan ditempatkan di Padang Kawad berhampiran Stadium UiTM atau sekitarnya yang ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan UiTM. Sila ikut arahan Pengawal Keselamatan yang bertugas bagi melicinkan urusan meletak kereta tuan/puan. Bas UiTM disediakan untuk membawa graduan/tetamu graduan pergi/ balik ke Dewan Agong Tuanku Canselor dari tempat letak kenderaan yang dikhaskan.

* Graduan/Jemputan sidang petang Istiadat Konvokesyen UiTM ke-85 untuk terus ke Parkir Bertingkat PKNS, Seksyen 7, Shah Alam untuk meletakkan kenderaan anda. Bas akan disediakan bagi tujuan ke Dewan Agong Tuanku Canselor

Graduan/Tetamu Menggunakan Bas Awam Ke UiTM

Bagi mereka yang menaiki bas awam ke UiTM, tuan/puan boleh menaiki bas UiTM yang disediakan bersebelahan Kolej Jati, Seksyen 2, Shah Alam. Bas berkenaan bertulis “KONVOKESYEN”. Semasa pulang ke Seksyen 2, sila menaiki bas yang sama yang menunggu di belakang Dewan Agong Tuanku Canselor.

Jadual Perkhidmatan Bas UiTM

Graduan sidang pagi 7.00 pagi - 2.30 petang

Graduan sidang petang 11.00 pagi - 7.00 petang

You are here: Home ISTIADAT KONVOKESYEN KE-87 SEMASA Laluan Masuk UiTM