ETIKA PAKAIAN GRADUAN & TETAMU

 

KENAAN SEWA DAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI GRADUAN YANG TIDAK MENEPATI SAHSIAH DIRI.

Mulai Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-80, UiTM telah menetapkan caj sewa bagi perkhidmatan pinjaman pakaian dan peralatan serta menggunting rambut bagi graduan sidang Istiadat Konvokesyen UiTM yang tidak menepati sahsiah yang telah ditetapkan seperti berikut:

 

  1. Kadar sewa bagi setiap pinjaman pakaian dan peralatan secara flat rate sebanyak RM10.00 bagi setiap item. Para graduan yang terlibat mengisi borang pinjaman seperti amalan biasa
  2. Sekiranya graduan didapati merosakkan atau tidak membuat pemulangan pakaian peralatan yang dipinjam, maka kenaan denda atau caj perkhidmatan sebanyak RM20.00 (tidak termasuk kos item) bagi setiap item akan dikenakan.
  3. Bagi perkhidmatan menggunting rambut, bayaran RM10.00 dikenakan kepada graduan yang terlibat. Graduan yang terlibat perlu mengisi borang maklumat diri seperti mana amalan biasa.
  4. Graduan yang gagal membuat bayaran tersebut hendaklah dianggap sebagai hutang kepada university dan boleh menyebabkan penahanan skrol dan transkrip

Pakaian Graduan Lelaki:-

  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa bengkung, atau
  3. Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
  4. Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .
  5. Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
  6. Songkok tidak diperlukan
  7. Seluar HITAM sahaja dibenarkan - (Jeans, kemeja-T dan pakaian seragam pasukan keselamatan/penguatkuasaan TIDAK DIBENARKAN)


 

Pakaian Graduan Perempuan:-

  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
  3. Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
  4. Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
  5. Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.
  6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
  7. Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1 inci tinggi.
  8. Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun mengikut warna kulit.
  9. Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.
  10. Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN

       


 

Pakaian Tetamu Lelaki:-

  1. Kebangsaan, atau
  2. Batik, atau
  3. Lounge Suit, atau
  4. Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).

Pakaian Tetamu Wanita:-

  1. Kebangsaan  atau
  2. Pakaian Rasmi  atau pakaian sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan,dan kemeja-T, TIDAK DIBENARKAN).
  3. Tidak dibenarkan sama sekali memakai seluar atau fesyen baju berseluar.

 

You are here: Home ISTIADAT KONVOKESYEN KE-86 SEMASA Etika Pakaian Graduan & Tetamu