Home Etika Pakaian Graduan & Tetamu
Etika Pakaian Graduan & Tetamu PDF Print E-mail
Written by Admin Konvo   
Thursday, 07 January 2010 16:03

Pakaian Graduan Lelaki:-

  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, atau
  3. Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
  4. Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .
  5. Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
  6. Songkok tidak diperlukan
  7. Seluar Jeans,Baju Seragam dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).

 

 

Pakaian Graduan Perempuan:-

  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
  3. Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
  4. Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
  5. Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.
  6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
  7. Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci tinggi.
  8. Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun mengikut warna kulit.
  9. Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.
  10. Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN

Pakaian Tetamu Lelaki:-

  1. Kebangsaan, atau
  2. Batik, atau
  3. Lounge Suit, atau
  4. Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).

Pakaian Tetamu Wanita:-

  1. Kebangsaan  atau
  2. Pakaian Rasmi  atau pakaian sopan ( pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN)

Last Updated on Wednesday, 06 February 2013 10:53