Home
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
Selamat Datang Ke Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar & Konvokesyen
Skim Khidmat Pelajar PDF Print E-mail

TAWARAN SKIM KHIDMAT PELAJAR BAGI ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE 78 MEI 2013

Kepada yang berminat. Sila Klik

 
PDF Print E-mail

 BAGI MELANCARKAN PROSES KONVOKESYEN ANDA. SILA TURUTI LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH.

 

 

LANGKAH 1

(Telah dibuka pada 6 Februari 2013 hingga 22 Mac 2012)

SAHKAN MAKLUMAT PERIBADI

 1.   Semak & sahkan maklumat peribadi anda (di sini)

Penting : Pastikan nama anda seperti yang tertera di MyKad

LANGKAH 2
(Dibuka mulai 22 Mac 2013 hingga 10 April 2013)

SAMAN DAN DENDA UNIVERSITI

1.     Semak saman dan denda universiti anda (di sini) 
        2.     Sekiranya ada, sila jelaskan dengan segera
Penting: Kegagalan anda untuk menjelaskan bayaran di atas akan menyulitkan proses cetakan  Borang Pinjaman Jubah Graduan

LANGKAH TERAKHIR GRADUAN

(Dibuka mulai 11 April 2013 hingga 4 Mei 2013)

PENGESAHAN KEHADIRAN & BORANG JUBAH

1. Cetak dan baca Panduan Istiadat Konvokesyen (di sini)

2. Sahkan kehadiran anda dan Cetak Borang Pinjaman jubah anda (di sini)
 

3. Cetak bil yuran konvokesyen dan sila buat bayaran di Bank Islam. (di sini)

4. Cetak Kajian Pengesanan Graduan (di sini) -

Jika terdapat sebarang masalah berkaitan  Kajian Pengesanan Graduan,  sila emelkan         kepada:  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it @ This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

atau Pusat Perangcangan Strategik UiTM
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it @ This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

5. Sekiranya anda berminat untuk membeli rakaman Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-78,   sila cetak Borang DVD (di sini).

6. Anda juga boleh mengabadikan kenangan manis anda bersama keluarga tersayang dengan foto keluarga di studio Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis UiTM. Sila Klik di sini

Tahniah! diatas semua tindakan yang telah diambil.

Selamat bergraduasi bagi Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-78

  http://www.facebook.com/konvokesyen.uitm

http://www.facebook.com/pages/Bahagian-Pengurusan-Rekod-Pelajar-Konvokesyen-Uitm

 

Sekian. Terima Kasih

 


 

 
Etika Pakaian Graduan & Tetamu PDF Print E-mail
Written by Admin Konvo   
Thursday, 07 January 2010 16:03

Pakaian Graduan Lelaki:-

  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, atau
  3. Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
  4. Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .
  5. Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
  6. Songkok tidak diperlukan
  7. Seluar Jeans,Baju Seragam dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).

 

 

Pakaian Graduan Perempuan:-

  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
  3. Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
  4. Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
  5. Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.
  6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
  7. Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci tinggi.
  8. Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun mengikut warna kulit.
  9. Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.
  10. Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN

Pakaian Tetamu Lelaki:-

  1. Kebangsaan, atau
  2. Batik, atau
  3. Lounge Suit, atau
  4. Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).

Pakaian Tetamu Wanita:-

  1. Kebangsaan  atau
  2. Pakaian Rasmi  atau pakaian sopan ( pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN)

Last Updated on Wednesday, 06 February 2013 10:53
 
Tuntutan Transkrip selepas konvokesyen PDF Print E-mail
Written by Admin Konvo   

1. Bagi graduan yang hadir Istiadat Konvokesyen, anda boleh mendapatkan skrol dan transkrip sebaik sahaja jubah graduan dipulangkan kepada universiti.


2. Bagi graduan yang tidak hadir pada Istiadat Konvokesyen, anda dikehendaki membuat bayaran terlebih dahulu di Bank Islam Malaysia Berhad sahaja , pembayaran melalui pos tidak diterima. Selepas bayaran dibuat, graduan boleh menuntut skrol dan transkrip sama ada di UiTM Shah Alam atau universiti negeri atau kampus cawangan yang anda sepatutnya hadir Istiadat Konvokesyen.
Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/kehilangan dan sebagainya ke atas skrol dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut dalam tempoh 90 hari selepas Istiadat Konvokesyen

3. Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil skrol dan transkrip dengan cara mengemukakan dokumen berikut:-

i. Surat wakil/kebenaran;
ii. Salinan MyKad graduan;
iii. Salinan MyKad wakil; dan
iv. Salinan resit bayaran.

4. Bagi graduan yang tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen, skrol dan transkrip tidak diposkan kepada mereka kecuali setelah membuat permohonan rasmi secara bertulis atau mengisi Borang Tuntutan Skrol (klik disini)dengan menyertakan salinan kad pengenalan dan resit bil bayaran konvokesyen dan alamat terbaru. Tiada apa-apa bayaran termasuk bayaran pos dikenakan. Harap maklum bahawa pihak kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan skrol dan transkrip yang dituntut melalui pos.


Sebarang pertanyaan dan bantuan mohon hubungi kami di talian seperti berikut :- (klik disini)

 
Sidang Konvokesyen PDF Print E-mail

Berikut adalah Sidang Konvokesyen UiTM bagi Mei 2013

 

Pecahan Sidang Kampus Shah Alam

Pecahan sidang Kampus Perak

Pecahan Sidang Kampus Perlis

Pecahan Sidang Kampus Sarawak

Pecahan Sidang Kampus Terengganu